Saturday, August 21, 2010

TIPS MEMBUAT MEJA DAPUR DARIPADA SIMEN KONGKRIT

Seboleh-bolehnya gunakan papan lapis 9mm atau 12mm sebagai pelantar. Sediakan besi bulat bersaiz 9mm sebagai tulang.
Drillkan besi 9mm tersebut ke dalam dinding dapur. Sekurang-kurangnya besi tersebut masuk sedalam 3-4 inci ke dinding dapur.
Welding atau kimpal menggunakan mesin pengimpal. Jarak antara besi 9mm tersebut dalam 4-5 inci setiap satu.
Pastikan besi-besi tersebut telah 'melekat' sepenuhnya melalui proses kimpalan tadi.
Sebenarnya selain besi tersebut dikimpal, ianya boleh juga diikat dengan dawai pengikat besi yang biasanya dijual di kedai dalam kg. Walau bagaimanapun jika tukang pada masa itu ada kemahiran mengimpal, minta beliau untuk mengimpal besi-besi tersebut.
Besi-besi yang telah siap dikimpal sepenuhnya. Ada bahagian yang kosong tanpa besi pada meja ini yang sebenarnya adalah dikhaskan untuk alat tempat menyimpan alat dapur memasak.
Pandangan dari jauh keadaan meja dapur yang sudah sedia untuk diletakkan simen kongkrit. Perhatikan bahawa di bahagian bawah meja tersebut tidak ada apa-apa partition. Ini akan memberikan ruang yang lebih besar.

Meja pelantar tadi kini telah diisikan dengan simen kongkrit iaitu terdiri daripada campuran pasir, batu kelikir dan simen. Perhatikan bahagian bawah meja pelantar ini juga ditinggikan sebanyak 2-3 inci. Ianya bertujuan untuk mengelakkan air tidak terkena pada bahagian kabinet dapur.
Ruang kosong yang disediakan pada bahagian meja pelantar adalah dikhaskan untuk singki dapur. Seboleh-bolehnya sebelum simen kongkrit dituang pada meja pelantar tersebut, dapatkan sukatan singki yang dikehendaki terlebih dahulu.

Meja pelantar kini telah di pasang dengan jubin seramik berukuran 24" x 24". Singki sudah pun dipasang pada kedudukannya.
Meja dapur kongkrit yang telah hampir siap sepenuhnya. Kesemua bahagian telah di pasang dengan jubin berukuran 24" x 24". Pastikan tidak ada partition di bawah meja tersebut bagi memaksimumkan penggunaan bahagian bawah meja tersebut nanti.
Meja dapur kongkrit yang sudah siap sepenuhnya. Perhatikan dua orang tukang yang sedang memasang kabinet dapur memijak meja tersebut tapi tidak memberi kesan apa-apa kerana cara penyediaan meja tersebut adalah kukuh.

3 comments:

Alex Bandit said...

I’m wondering how I might be notified whenever a new post has been made. I’ve subscribed to your RSS feed which must do the trick! Have a great day petrolhead

fiza penang mai said...

Pertanyaan..untuk membuat kabinet dapur konkrit seperti ini, bagaimana campuran isipadu air, berat batu kelikir, pasir & simen..tq for info..

Haniza Abdul Rahim said...

Terima kasih. Info yang bagus dan boleh dipraktikkan.